ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM

Senin, 03 Januari 2011

SURAT DARI HAWA UNTUK ADAM


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Wahai adam,
Maafkan
aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku aslnya
dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidk hairanlah jika perjalanan
hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong
dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Wahai adam,
Maha
suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu
di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana
darah manusia, kacau-bilaulah suasana, adam sama adam bermusuhan kerana
hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah
pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah
undang-undang Allah yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai adam,
Aku
tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku
agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi adam, nyata dan
rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah
ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang
ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah.

Wahai adam....
Mengapa
kau biarkan aku begini?Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu
katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu
sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk sahaja. Ada di antara kau yang menganggur tiada
kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba.

Marahkah
kau jika kukatakan andainya hawa terpesong, maka adam yang patut
tanggung!Kenapa?Mengapa begitu ADAM?Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak
pandai mengajar!Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
mendengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini.

Wahai adam,
Seharusya kau tanya dirimu, apakah
didikanmu terhadapku ssama seperti didikan Nabi Muhammad s.a.w terhadap
isteri-isterinya?Adakah adam melayani hawa sama seperti psikologi
Muhammad terhadap mereka?Adakah akhlak adam-adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum hawa?

Wahai adam,
Kau sebenarnya imam dan aku
adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah
aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu
sembilan, nafsumu satu. Aku....Akalku satu nafsuku beribu! Dari itu
adam, pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah
daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu
dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai adam,
Andainya
aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah
para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan
lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada
Tuhanmu yang engkau agungkan itu.....


Wallahua'lam..



Di angkat dari Blog sahabat ku, Hamidah :


http://mid-cintaallah.blogspot.com/2010/09/warkah-...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar